"Tak malu ke buat dosa?"
Kerap juga aku bermonolog dengan diri aku "tak malu ke buat dosa?" "Alah dosa kecik je ni" "weh kalau sikit sikit lama lama jadi bukit" Ya Allah terus aku sedar dari alam nyata dan muka mak ayah aku terus terlintas di fikiran aku. Ya Allah betapa besarnya dosa aku nak dibandingkan dengan besarnya pengorbanan aku untuk kedua orang tua aku. Belum terlambat kah aku untuk mencari jalan benar? Untuk mencari keredaanMu ya Allah. Astagfirullalazim
Macam ni lah aku dan aku juga korang semua pun sama. Bila nak buat sesuatu yang kita rasa tak boleh betulkan niat balik, kita buat sesuatu kerana Allah swt ingat mak ayah kita kalau kita buat sesuatu yang hina tak malu ke kita dengan mak ayah kita dan tak malu ke kedua orang tua kita di cemuh oleh masyrakat sekeliling dan tak malu kah kita pada diri sendiri. Allah swt dah menciptakan kita sebaik baik manusi. Cuma didunia ni Allah nak uji kita sebagai hambaNya dengan musibah dan dugaan. Mampukah kita untuk menghadapi semua ni.
Aku tak pandai menulis dan aku juga tak pandai nak berkata kata seperti para ulama. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan dosa. SubhanaAllah dah tahu dosa banyak kenape tak bertaubat, susah sangat ke? Jangan risau Allah swt akan terima taubat kita sampailah tibanya hari Kiamat. SubhanaAllah betapa baiknya Tuhan yang mencipta kita
Di dunia ni semuanya pinjaman semata mata. Kau tak perlu takut untuk melakukan sesuatu perkara yang baik dan jangan lah kau melakukan sesuatu yang buruk dan boleh mendatangkan fitnah.
Aku tahu aku tidak boleh berhias untuk tontonan ramai dan aku kurang setuju dengan anggapan manusia bila berhias boleh membuat kita yakin dengan diri. Tak tak sama sekali, bagi aku semua tu adalah alasan semata mata kerana tidak boleh terima hukum berhias dalam islam. Islam tak mengharamkan wanita berhias tetapi hanya untuk suami sahaja. Aku tahu aku salah tapi kenapa berat sekali bagi aku nak hindarkan semua ini. Ya Allah bantulah hambaMu ini
Aku juga sering keluar rumah tanpa menutup aurat yang penuh. Berdosanya aku? Kenape aku tak takut pada Allah swt. Tak ke aku sayang kan ayah aku. Ayah yang satu satu insan yang paling baik, yang sanggup membuat apa saja supaya anak anaknya selesa dan cukup pakai makan. Ya Allah mulianya insan yang bernama ayah. Tak lupa juga mak kita. SubhanaAllah betapa besarnya pergorbanan mak kepada kita. Betapa seksanya dia ketika melahirkan kita. Kita tak dapat merasa sakit yang dia rasakan. Sebab tu lah Allah swt memuliakan seorang ibu yang meninggal dunia waktu bersalin subhanaAllah.
Comments