Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum. Teringat kata kata ustaz tadi.
Sementara Allah masih kurniakan nyawa ini ingatlah dua perkara :
1 - kejahatan kita kepada orang
2 - kebaikan orang kepada kita.

Sebaliknya.. lupakanlah 2 perkara:
1 - kejahatan orang kepada kita
2 - kebaikan kita kepada orang.

Kata ustaz. Bila ini menjadi sempadan hati dan pelakuan kita, InsyaAllah kita akan rasa teramat lah tenang tiada dendam tiada api amarah tiada rasa ujub/ membangga diri.
Malah kita akan rasa kerdilnya diri berbanding nikmat yang Allah taala beri tidak terhitung dengan jari jemari tidak habis terfikir oleh akal yang diberi.
Subhanallah mari kenal diri sendiri malunya kita pada Allah kerana masih malas untuk banyak memberi namun terlalu banyak meminta seribu perkara tidak pernah rasa puas dan cukup.
InsyaAllah sama sama lah kita ersihkan hati kita. Sama sama lah kita menjauhi sifat sifat mazmumah. Semoga kita terpilih sebagai ahli Syurga bukan Neraka jahanam. AMIN 

Comments

Popular posts from this blog

Future plans..?

Hi

Buang masa