Posts

Showing posts from July, 2014

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

 ( Copy & Paste ) Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasa...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. Teringat kata kata ustaz tadi. Sementara Allah masih kurniakan nyawa ini ingatlah dua perkara : 1 - kejahatan kita kepada orang 2 - kebaikan orang kepada kita. Sebaliknya.. lupakanlah 2 perkara: 1 - kejahatan orang kepada kita 2 - kebaikan kita kepada orang. Kata ustaz. Bila ini menjadi sempadan hati dan pelakuan kita, InsyaAllah kita akan rasa teramat lah tenang tiada dendam tiada api amarah tiada rasa ujub/ membangga diri. Malah kita akan rasa kerdilnya diri berbanding nikmat yang Allah taala beri tidak terhitung dengan jari jemari tidak habis terfikir oleh akal yang diberi. Subhanallah mari kenal diri sendiri malunya kita pada Allah kerana masih malas untuk banyak memberi namun terlalu banyak meminta seribu perkara tidak pernah rasa puas dan cukup. InsyaAllah sama sama lah kita ersihkan hati kita. Sama sama lah kita menjauhi sifat sifat mazmumah. Semoga kita terpilih sebagai ahli Syurga bukan Neraka jahanam. AMIN  ...