Luahan seorang muslimah
Adam... Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong, Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula, Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo, Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek. Adam... Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri? Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki? Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara? Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua? Ataupun... Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya, Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu? Begitukah calonmu wahai Adam? Ketahui wahai Adam, Sesungguhnya, perempuan itu manja, Suka dibelai, Suka dikasih, Namun, Adam... Tahukah kamu apa erti batas pergaulan? Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek. Kerana... Kami begitu untuk menjaga aib kamu, Membantu ...