Renungkanlah
Assalamualaikum. Kadang-kadang kita sebagai hambaNya terlalu leka dengan ciptaan manusia sampaikan amanah yang wajib kita lakukan kita tinggalkan begitu sahaja macam senang nak ganti dan sambung balik. Kita sebagai manusia mudah sangat leka. Abaikan semua yang ada di atas dunia ini kerana semuanya adalah sementara. Lebih baik kita mengejar amalan, kebaikan dan pahala yang akan membuat kita melihatNya, menikmati syurga Firdaus di akhirat nanti. Ada masa kita boleh menikmati ciptaan di atas dunia ini tapi kita tidak boleh sama sekali melupakanNya. Renung-renungkan lah manusia yang ada di atas dunia ini. Semua ini adalah sementara. Nasihat kepada diri saya sendiri dan semua pembaca.